Perak Cobra Hockey League 2025

ASTICobra (atau alumni Sekolah Sains Teluk Intan Cobra) ingin menganjurkan kejohanan liga hoki Perak bagi tahun 2025. Jangkaan tarikh mula liga adalah 26 April 2025 (selepas Aidilfitri). Di bawah adalah sedikit sebanyak maklumat mengenai kejohanan & syarat penyertaan.

Logo Rasmi Perak COBRA Hockey League

Kenapa Pasukan Anda Perlu Join?

Cobra League adalah lebih kepada social games atau untuk pasukan baru yang memerlukan competitive game untuk tujuan development. 

Format Liga
  1. Buat masa ini penganjur (ASTICOBRA) terhadkan kepada 8 pasukan. 
  2. Format liga round robin di mana setiap pasukan akan bertanding dengan 7 pasukan lain di dalam liga.
  3. Match akan dijalankan mengikut undang-undang penuh hoki (umpire bertauliah) &  permainan masa penuh 60 minit (4 suku).
  4. Perlawanan akan diadakan pada hari minggu sabtu & ahad petang sesi 3-5PM atau 5-7PM mengikut jadual perlawanan.
  5. Perlawanan akan diadakan selang seminggu, bermaksud sebulan setiap pasukan akan bertanding dua kali. 
  6. Semua perlawanan akan diadakan di padang hoki Stadium Azlan Shah Ipoh, namun mungkin  kemungkinan bermain di padang lain mengikut keadaan. 
  7. Pasukan yang mendapat mata tertinggi di dalam liga akan menjadi johan. Jika berlaku persamaan mata, maka pasukan yang menang sewaktu bertemu antara dua pasukan tersebut dikira pemenang.
Syarat-Syarat Liga
  1. Setiap pasukan boleh mendaftar sehingga 25 pemain termasuk 1 pengurus pasukan & 1 jurulatih.
  2. Liga ini lebih berkonsepkan ‘social games’, justeru pasukan yang terlalu kuat adalah amat tidak digalakkan sama sekali untuk menyesuaikan permainan kepada semua peringkat umur.
  3. Setiap pasukan wajib mempunyai jersey/seluar/stokin yang seragam & jersey mempunyai nombor yang tidak duplicate.
  4. Pemain semasa yang mewakili negara atau negeri (termasuk Piala Razak) dari tahun 2020-2024 hanya dibenarkan menyertai tidak lebih 1 orang bagi setiap pasukan. 
  5. Pemain semasa yang mewakili negeri MSSM dari tahun 2020-2024 hanya dibenarkan menyertai tidak lebih 1 orang bagi setiap pasukan. 
  6. Hanya pemain yang didaftarkan sahaja layak berada di dalam padang. Jika berlaku sebarang pelanggaran undang-undang, pasukan yang diwakili akan dihukum tolak 5 mata.
  7. Setiap pasukan boleh mendaftar campuran pemain lelaki & perempuan minimum had umur 14 tahun & ke atas. 
  8. Setiap pemain hanya dibenarkan bermain dengan satu pasukan sahaja. 
  9. Pasukan boleh turunkan maksimum 25 pemain yang berdaftar sekaligus (11 pemain di atas padang) atau minimum sekurang-kurangnya 8 orang pemain semasa perlawanan. Permainan akan terus bermula apabila pasukan cukup minimum 8 orang. 
  10. Kelewatan hanya dibenarkan 10 minit sahaja dari masa mula permainan yang ditetapkan dalam jadual pertandingan. Jika gagal, pasukan yang lewat dikira kalah atau disqualified/blacklisted daripada penyertaan liga masa akan datang. 
  11. Jadual perlawanan yang akan dikeluarkan nanti adalah muktamad, sebarang permohonan untuk menukar tarikh perlawanan tidak akan dilayan. 
Syarat Penyertaan & Bayaran
  1. Yuran Penyertaan sebanyak RM1000 untuk setiap pasukan hendak dibayar sebelum 31 Mac 2025.
  2. Yuran ini sudah termasuk umpire, sewa padang & yuran administration (makan & minum tidak termasuk).
  3. Bagi memastikan pasukan anda mendapat tempat, deposit RM500 dari yuran perlu dijelaskan dahulu sebelum 31 Januari 2025 dengan baki selebihnya dibayar kemudian seperti disebut di atas. 
  4. Setiap pasukan wajib mendaftarkan setiap pemain sebelum 31 Mac 2024 melalui link online portal yang akan diberikan oleh admin nanti. 
  5. Syarat-syarat di atas kemungkinan akan berubah mengikut kesesuaian atau mengikut keputusan ‘Managers Meeting’ yang akan ditetapkan kemudian. 
Cadangan Jadual Perlawanan

Berikut adalah cadangan jadual perlawanan (belum final), di mana perlawanan akan diadakan pada weekend sahaja di Stadium Azlan Shah Ipoh. Setiap bulan, satu pasukan akan bermain kira-kira 2 kali sahaja (selang 1 minggu).

Klik butang di bawah untuk cadangan jadual perlawanan :

Pemenang & Hadiah
  1. Johan RM800 tunai, berserta tropi piala pusingan.
  2. Naib Johan RM500 tunai.
  3. Tempat Ketiga RM300 tunai. 
Hadiah tambahan : 
  • Pemain terbaik setiap perlawanan
  • Pemain harapan setiap perlawanan
  • Top scorer kejohanan
  • Best Keeper Kejohanan
  • Best Player Kejohanan
Hubungi Kami

Sebarang pertanyaan boleh whatsapp/hubungi kami tekan butang di bawah :

Pasukan yang telah RSVP

Logo adalah ilustrasi sahaja, logo sebenar pasukan akan dikemaskini kemudian.

ASTI
Thruster
PSU
THT
PerakTengah
Pirates
Tsuyoi
UTP
197 pemain telah mendaftar!

Hubungi mana-mana team manager anda untuk bermain bersama pasukan mereka.